Perbandaran Tamadun Yunani

Tamadun Yunani yang terawal bermula di Pulau Crete yang terletak di Laut Aegean.Kewujudan bandar-bandar dalam tamadun ini didorong oleh perubahan corak kehidupan iaitu dari kehidupan nomad kepada kehidupan yang tetap (terikat kerana pertanian).Mereka telah menubuhkan suku kaum masing-masing. Suku-suku itu pula telah menetap di satu-satu kawasan yang kemudiannya telah membentuk kampung. Kampung-kampung ini kemudiannya telah berkembang menjadi bandar/ kota. Luas tiap-tiap kota adalah antara 80 hingga 800 km persegi dengan purata penduduk seramai 5000 orang. Setiap kota membawa kehidupan sendiri ( tiada perpaduan antara satu kota dengan kota yang lain). Ini berpunca dari keadaan geografi yang berbukit bukau, sistem kepercayaan yang berbeza dan keinginan tiap-tiap kota untuk memiliki kekayaan dan perdagangan masing-masing. Setiap kota mempunyai tentera dan undang-undang masing-masing. Ibu kota Crete ialah Knossus, merupakan kota yang pertama di Eropah. Penduduknya berjumlah 80000 orang. Satu ciri utama kota knossus ialah istananya yang dikelilingi oleh tempat tinggal golongan aristokrat. Golongan miskin tinggal di kawasan industri. Kota Knossus mempunyai jalan-jalan yang tersusun dan sistem pengairan yang lengkap. Tiap-tiap kota dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:
i. Acropolis : merupakan sebuah kawasan yang mempunyai tembok-tembok pertahanan. Kuil yang dipanggil Parthenon dibina dipusatnya untuk memuja Dewi Athena.
ii. Kawasan di bawah Acropolis merupakan kawasan kediaman dan pasar-pasar.
iii. Kawasan di luar kawasan tempat kediaman.

Comments