Organisasi Ketenteraan Tamadun Arab

Kegiatan ketenteraan dan peperangan pada zaman Arab pra-Islam merupakan satu profesyen yang dnpandang mulia dan sangat diminati.Setiap kejayaan yang diperoleh dalam satu-satu peperangan boleh membawa kemegahan dan keuntungan yang besar kepada kabilah yang berjaya.Orang-orang Arab telah dilatih dan diasuh berperang sejak kecil lagi kerana peperangan antara kabilah merupakan satu daripada kehidupan mereka. Kaum lelaki memainkan perananyang besar dalam peperangan jika dibandingkan dengan kaum wanita. Meeka dilatih bermain senjata dan bermain kuda.Setiap peperangan biasanya melibatkan seluruh anggota kabilah termasuk perempuan dan kanak-kanak. Seluuruh harta benda dibawa bersama ke medan peperangan. Mereka juga membawa pakar bedah (untuk memotong bahagian yang tercedera). Alat-alat bunyi- bunyian seperti gendang, serunai serta lagu-lagu bersemangat dimainkan dalam perjalanan menuju medan peperangan.Perempuan-perempuan yang ditawan dalampeperangan akan dijadikan gundik atau harta milik sendiri yang boleh diperdagang sebagai hamba abdi. Pihak lelaki bertanggungjawab mempertahankan kaum wanita. Jika mereka gagal, wanita itu akan menjadi milik musuh. Biasanya mereka berusaha memiliki semula wanita mereka dengan cara tebusan atau berperang.
Harta-harta rampasan perang diagih sama rata kepada tentera setelah ¼ daripadanya diperuntukkan kepada ketua kabilah. Ketua kabilah boleh memilih harta rampasan perang yang disukainya, selepas itu barulah diagihkan kepada orang lain. Alat-alat senjata yang digunakan ialah pedang, tombak ,panah dan baju besi. Dari segi jenis tentera, tenteranya terdiri daripada tentera infantri (tentera berjalan kaki) dan tentera berkuda/cavalry (sebahagian keciol sahaja). Tentera berkuda hanya digunakan pada masa peperangan ‘serang lari’.Tentera bergajah juga digunakan iaitu semasa Abrahah menyerang Mekah iaitu semasa Nabi dilahirkan.Dari segi organisasi tentera, ada perbezaan antara tentera golongan Badawi (penduduk padang pasir) dan Hadari (penduduk bandar). Organisasi tentera puak Badawi kurang tersusun dan menggunakan taktik ‘serang lari’, sebaliknya kaum Hadari lebih .tersusun dan lebih banyak dipengaruhi oleh Rom dan Parsi terutamanya bagi Arab Hadari yang tinggal di bahagian utara dan selatan Arab.Contoh organisasi yang tentera Rom dan Parsi yang mereka tiru ialah tentera dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu depan, tengah, belakang, kiri dan kanan yang dikenali sebagai ‘al-khamis’. Ketua kabilah diletakkan dibahagian tengah untuk menjaga keselamatannya.Orang Arab juga mendirikan kota pertahanan. Contohnya, di selatan Arab kota pertahanan dibina di Ghumdam (di Yaman),Hadramaut, Mahrah dan Oman. Di utara Arab dibina beberapa buah benteng pertahanan di kota Petra/Batra’, al-Khawarnaq (berhampiran al-Hirah) dan al-Sadir (di tengah kota al-Hirah).Motif peperangan yang berdasarkan semangat asabiyah (kesukuan) adalah bertujuan untuk mencari nama dan kemegahan. Peperangan boleh berlarutan hingga berpuluh tahun seperti Peperangan al-Basus antara suku Taghlib dan suku Bakr yang memakan masa selama 40 tahun.

Comments