Agama Tamadun China

Tamadun China
Agama Buddha merupakan satu daripada agama yang dianut oleh masyarakat China yang telah dibawa masuk ke China dari Sri Lanka.

Fahaman kedua yang tersebar luas di negara China ialah Confuciusnisme. Ia berdasarkan ajaran Confucius/Kung Fu Tze (551-479SM) yang hidup pada zaman Dinasti Chou. Ajaran Confucius terdapat dalam buku klasik berjodol Analekta yang ditulis oleh pengikut-pengikutnya. Ajaran Confucius memberi penekanan tentang harga diri dan perasaan kemanusiaan (ada 5 kebaikan di dunia iaitu amanah, rajin, bersifat mulia, berbudi bahasa dan bermurah hati). Rukun kemasyarakatan yang diajar Confucius ni kemudian telah menjadi falsafah rasmi negara China. Confucius juga menekankan 5 jenis hubungan yang baik iaitu hubungan pemerintah dengan rakyat, Ibu bapa dengan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik dan kawan dengan kawan.

Di negara China juga tersebar faham Taoisme. Ajaran ini diasaskan oleh Lao Tzu dan Chuang Tzu yang hidup dalam Dinasti Chou. Ia dapat diperolehi dalam buku Tao Te Ching dan Chuang Tzu. Tao bermaksud ‘cara’ atau ‘jalan’ untuk seseorang individu mencari kedamaian dan keharmonian dalam dunia. Ajaran ini menyarankan manusia supaya tidak mementingkan dunia. Taoisme mementingkan kesederhanaan, perdampingan dengan alam semula jadi dan amalan meditasi. Bagi ajaran ini, raja dan kerajaan tidak penting kerana manusia boleh menjalani kehidupan mengikut undang-undang alam. Ajaran ini tidak mendapat sambutan dari kalangan terpelajar. Ia berpengaruh di kalangan rakyat di luar bandar. Sumbangan penting ajaran ini ialah sami-saminya telah membuat banyak perjumpaan dalam bidang perubatan tradisional, mencipta ubat bedil, jarum magnetik dan herba-herba asli. Selain dari ajaran-ajaran tadi, tersebar juga faham Mohisme oleh Mo Ti atau Mo Tzu yang hidup sezaman dengan Confucius. Doktrin utama falsafahnya ialah kasih yang sempurna untuk setiap manusia. Satu lagi faham yang tersebar ialah Legalisme yang muncul serentak dengan Mohisme. Ia dipengaruhi oleh idea dan falsafah Hsun Tzu. Faham ini lebih mementingkan masyarakat dari individu. Falsafah ini menganggap semua individu adalah jahat. Faham ini amat berpengaruh pada zaman Dinasti Chin terutama pada masa pemerintahan Shih Huang Ti.

Comments