Perbandaran Tamadun China

di lembah Hwang Ho sama juga seperti tamadun lain iaitu daripada sebuah perkampungan, berkembang menjadi bandar-bandar metropolis seperti Shang, Anyang, Loyang dan Changgan kerana penduduk yang bertambah ramai. Anyang merupakan bandar yang besar di negara China. Di antara ciri-ciri bandar Anyang ialah merupakan bandar pertama di tebing Sungai Hwang Ho, muncul kira-kira pada tahun 1800SM, merupakan bandar tertua di negeri China dan menjadi ibu kota Dinasti Shang.

Comments