Penerokaan dan Penjelajahan Tamadun Barat/ Eropah
Barat atau Eropah selepas kejatuhan Rom pada menjelang abad ke-5 M menyaksikan peranan gereja dalam usaha mengembangkan agama Kristian. Pada ketika itu sebilangan pengembara yang agung adalah mubaligh Kristian yang mengembara untuk menyebarkan Gospel kepada penduduk di sebahagian besar Empayar Rom Lama. Walau pun Ireland tidak pernah dijajah Rom namun telah menjadi negara Krisitian selepas kira-kira tahun 440 M.
Ramai mubaligh mengembara dari Ireland untuk menyebarkan agama Kristian kepada penduduk benua Eropah. Malah St Brendan pernah sampai ke Amerika.
Orang Eropah mula menunjukkan minat terhadap Afrika pada Zaman Pertengahan. Mereka mula menggemari benda mewah dari Timur seperti rempah ratus, sutera, gula, mutiara dan batu berharga. Namun pada masa itu jalan perdagangan darat dikuasai oleh orang Turki yang ketika itu sedang berperang dengan orang Eropah. Keadaan ini menjadikan barangan ini sangat sukar diperolehi dan mahal harganya sedangkan orang Eropah ingin mendapatkannya dengan harga yang lebih murah. Mereka bertekad untuk mencari jalan laut yang mengelilingi Afrika untuk membolehkan mereka berdagang secara terus dengan India, China dan Pulau Rempah (Pulau Maluku) di Lautan Pasifik tanpa bertembung dengan orang Turki.
Sebenarnya Eropah menyaksikan banyak penjelajahan dan penerokaan terutamanya untuk mencari jalan ke Timur Jauh bagi mendapatkan rempah ratus. Salah sebuah negara Eropah yang giat melakukan penjelajahan dan penerokaan ialah Portugal. Pada awal abad ke-15 orang Portugis memulakan suatu siri pelayaran ke selatan pantai barat Afrika untuk mencari jalan laut ke Timur Jauh. Salah seorang yang sangat berminat dalam penerokaan ini ialah Putera Henry (1394-1460). Beliau dikenali sebagai ‘Henry Pelayar’ walaupun sepanjang hayatnya beliau tidak pernah belayar! Beliau terkenal sebagai penjelajah yang duduk diam di rumah sahaja. Beliau tertarik dengan kekayaan di timur dan mendapat inspirasi daripada cerita tentang paderi raja agama Kristian iaitu Prestor John yang dipercayai tinggal di suatu tempat di Afrika. Henry membina sebuah sekolah untuk melatih jurumudi dan ahli pelayaran di samping membina limbungan kapal. Beliau mengambil cendikiawan, ahli geografi, ahli astronomi dan pelaut. Beliau mendorong orangnya mengetuai ekspedisi . Selama 12 tahun beliau telah menghantar sebanyak 14 ekspedisi tetapi apabila sampai di Tanjung Bojadur, ekspedisinya berpatah balik kerana dihantui oleh kepercayaan bahawa di Khatulistiwa , suatu kawasan yang dikenali sebagai ‘Laut Hijau Yang Gelap’, matahari berada sangat hampir dengan bumi sehingga kulit manusia terbakar hitam, laut menggelegak dan terdapat kolam berpusar dan kabus hijau yang tebal, tempat tinggal raksaksa yang menunggu untuk membaham mereka. Salah satu ekspedisi yang dihantar Henry ialah yang diketuai oleh Gil Eannes. Pada tahun 1434, Gil Eannes menjadi ahli pelayaran yang pertama berani belayar ke selatan iaitu ke Tanjung Bojadur. Lima puluh tahun kemudian iaitu pada bulan Ogos 1487 Maharaja John II menghantar satu ekspedisi yang terdiri daripada 3 buah kapal diketuai oleh Bartolomeu Dias atas tujuan membuka jalan laut di hujung Afrika Selatan. Maharaja John II percaya bahawa jalan ke Timur akan menjadi mudah jika Lautan Hindi dapat diterokai.
Pada tahun 1487 juga Pedro da Covilha bersama-sama Alfonso de Paiva membuat satu misi rahsia. Covilha diarahkan mencari maklumat sebanyak mungkin tentang jalan ke India sementara Paiva pula diarahkan mencari kerajaan Prestor John di Afrika. Mereka menyeberangi Laut Mediterranean dan belayar ke selatan Laut Merah. Paiva telah hilang, sementara Covilha sampai ke India dan kemudiannya menetap di Habsyah (Abyssinia/Ethiopia) Covilha telah melaporkan pelayarannya ke India kepada kerajaan Portugal.
Vasco da Gama (1460-1524) pula dihantar oleh Raja Manuel, raja Portugal untuk memastikan sama ada jalan ke India dengan mengelilingi Afrika seperti yang dilaporkan sebelum ini benar-benar wujud. Pada tahun 1497 Vasco da Gama telah menyusuri bahagian atas pantai timur Afrika dan akhirnya menemui jalan laut ke India yang selama ini cuba dicari-cari oleh pengembara Eropah.. Angkatannya meredah Lautan Hindi selama 23 hari dan setelah 10 bulan belayar barulah beliau sampai di Calicut, India. Dalam perjalanan mereka ke Timur, orang Portugis telah bertemu dengan peluang perdagangan yang lumayan di Afrika Barat terutama sekali emas, gading dam hamba. Perdagangan hamba berkembang pesat antara abad ke-16 hingga 19. Orang Portugis kemudiannya melancarkan ekspedisi tentera laut secara agresif . Mereka menubuhkan kubu di Ceylon pada tahun 1505 dan menawan Goa pada tahun 1510. Namun mereka masih belum menemui sumber rempah ratus. Dengan itu mereka pun terus belayar ke arah timur. Pada tahun 1511 satu ekspedisi yang terdiri daripada 3 buah kapal di bawah pimpinan Antonio de Abreu telah belayar dari Melaka (masa itu Portugis telah pun menawan Melaka). Pada tahun 1512 mereka telah sampai ke Pulau Banda. Ini membuka jalan ke Kepulauan Maluku yang merupakan satu-satunya sumber buah pala dan bunga cengkih di dunia pada masa itu. Akhirnya orang Portugis berjaya sampai di Kepulauan rempah yang selama ini menjadi legenda itu. Selepas itu .mereka menuju ke utara iaitu ke China dan menjelang tahun 1540-an menjadi orang Eropah pertama sampai di Jepun.
Sepanyol juga tidak ketinggalan dalam usaha mencari jalan ke Timur. Melalui Christopher Columbus, Sepanyol cuba mencari jalan ke Timur Jauh melalui arah Barat iaitu arah yang bertentangan dengan jalan sebelum ini (menyusuri pantai Afrika) tetapi gagal menemui negara China. Sebaliknya, diluar tujuan sebenar, atau tanpa sengaja dia menemui benua Amerika!.Pada tahun 1511 pula Sepanyol membiayai pelayaran Magellan untuk mencari jalan perdagangan ke timur dan menuntut Pulau Maluku. Dia hanya sampai di Filipina setelah menyusuri Amerika Selatan. Kematiannya di Filipina menyebebkan rakannya yang bernama Sebastian del Cano mengambilalih mengetuai pelayaran kembali ke Sepanyol.
Seperti orang Sepanyol, orang Inggeris dan Perancis juga ingin mencari kekayaan di Timur dengan cara belayar ke arah Barat. Mereka tidak mengikut jalan orang Sepanyol mengelilingi Amerika Selatan, sebaliknya mereka mencari jalan baru mengelilingi Amerika Utara. Mereka berkeyakinan menemui selat yang boleh dilalui oleh kapal mereka. Jalan ini dikenali sebagai Laluan Barat Laut.Satu ekspedisi yang diketuai oleh Martin Frobisher bersama 3 buah kapal bertolak dari London pada tahun 1576 tetapi gagal menemui Laluan Barat Laut. Beberapa ekspedisi lain yang dihantar seperti yang diketuai oleh John Davis ( antara tahun 1585 hingga 1587),Henry Hudson (1610), William Baffin dan Robert Bylot (1616) semuanya gagal menemui Laluan Barat Laut. Sejak itu hingga berabad-abad lamanya orang Inggeris masih gagal menemui Laluan Barat Laut hinggalah pada abad ke-20 nanti.
Francis Drake (1545-1596).
Dia dianggap sebagai penjelajah kedua yang mengelilingi dunia. Penjelajahannya dilakukan 50 tahun selepas pelayaran Magellan.. Orang Sepanyol menganggapnya sebagai lanun kerana beliau banyak kali menyerang petempatan orang Sepanyol di Caribbean dan Amerika Tengah. Pelayarannya berlangsung antara tahun 1577 hingga 1580.Pada tahun 1577 beliau dihantar oleh Ratu Elizabeth I ke Selat Magellan (menjelajah laut-laut selatan) atas tujuan untuk mengaut kekayaan dan rempah dengan membawa lima buah kapal. Setelah mengelilingi dunia selama 3 tahun, akhirnya beliau pulang ke England dengan sebuah kapal sahaja.
Perancis turut cuba mencari laluan terus ke Timur. Pada tahun 1534 Raja Francois I mengarahkan Jacques Cartier mencari jalan barat ke Pasifik dan mendapatkan kawasn baru bagi Perancis tapi usaha-usahanya gagal. Usaha itu diteruskan oleh orang-orang Perancis yang lain yang akhirnya menemukan mereka dengan Amerika dan membina empayar Perancis di Amerika.
Orang Viking yang berasal dari Norway, Sweden dan Denmark yang sering dikenali sebagai penyerang itu juga merupakan penjelajah dan pedagang. Mereka mula belayar ke Barat pada abad ke-9 untuk mencari kawasan baru. Menjelang tahun 860 ada di kalangan mereka telah sampai ke Iceland dan menetap di situ. Dalam perjalanan yang kerap ke Barat, mereka telah menjadi orang Eropah pertama yang menemui Amerika. Menjelang abad ke-11 terdapat petempatan Viking merentasi utara Eropah dari Rusia ke Ireland. Ekspedisi perdagangan membawa mereka jauh hingga ke Laut Mediterranean dan menghilir Sungai Volga ke Laut Kaspia.

Comments
Post a Comment