Penerokaan dan Penjelajahan Tamadun China
Tamadun China bermula pada kira-kira tahun 1700 SM, namun China mengambil masa kira-kira 1000 tahun untuk menjalin hubungan tetap dengan tamadun Asia Barat dan Asia Selatan. Pada tahun 138 SM Chang Chien telah diutus ke Asia Tengah oleh Maharaja Han Wu Ti untuk cuba membuat perjanjian dengan penduduk di sempadan barat China bagi menentang puak Hun yang menceroboh. Dalam tempoh 12 tahun beliau mengembara , 10 tahun dihabiskan sebagai tawanan Hun. Selepas berjaya melepaskan diri, beliau cuba kembali ke China melalui Tibet tetapi ditawan semula. Walau bagaimanapun akhirnya beliau berjaya kembali ke China dengan 2 orang sahaja daripada 100 orang yang mengikutnya dahulu. Misi beliau gagal tetapi beliau berjaya membawa balik berita tentang peluang perdagangan dengan Asia Barat. Hasilnya, tidak lama kemudian ( kira-kira pada tahun 105 SM) jalan perdagangan baru dibuka untuk membawa barangan seperti rempah ratus, batu permata, mutiara, sutera, kulit penyu melintasi Gurun Gobi dan gunung ganang tinggi di Asia Tengah ke Timur Tengah dan Eropah. Mereka mengembara melalui Asia ke Antioch dan kemudian menaiki kepal ke Rom. Terdapat beberapa batang jalan yang secara amnya dikenali sebagai ‘ Jalan Sutera’ iaitu laluan perdagangan antara China dan Barat .
Ramai pengembara China yang awal ke Asia Tengah dan Selatan adalah penganut agama Buddha yang sedang mencari pengetahuan agama di dalam dan di sekitar India Utara iaitu tempat asalnya agama Buddha. Pengembara yang termasyhur ialah Hsuan- tsang (596-664M). Beliau mengembara selama 16 tahun bermula pada tahun 629 SM tanpa menghiraukan larangan Maharaja atas tujuan medalami bidang agama. Beliau merentasi Asia Tengah melalui Gurun Gobi, melalui jalan yang berbahaya dan gaung yang gelap ke Bactria, mendaki Hindu Kush dan mendaki ke timur untuk ke Kashmir dan India. Beliau belajar selama 2 tahun di India, melawat perpustakaan di biara yang terdapat di Lembah Sungai Ganges. Beliau melawat Allahabad dan di situ beliau ditangkap lanun tapi dapat melepaskan diri. Dalam perjalanan pulang ke China, beliau terpaska meredah pelbagai bahaya dan selepas meninggalkan China selama 16 tahun, akhirnya beliau tiba di Chang-an dengan membawa 700 buah buku agama, patung dan peninggalan Buddha. Ekspedisinya dianggap sangat penting hinggakan hukuman ke atasnya telah ditarik balik malah beliau dihujani penghormatan termasuk dari Maharaja.. Ini agak luar biasa kerana pengembaraan di luar sempadan China tidak digalakkan manakala bangsa asing tidak dibenarkan masuk. Atas sebab itu kemajuan tamadun China langsung tidak diketahui dunia Barat sehinggalah pengembaraan Marco Polo pada abad ke-13.
Saudagar China telah sampai ke Zanzibar ( salah sebuah pelabuhan perdagangan yang kaya di pantai Afrika Timur, tempat pedagang Arab menetap dan menyebarkan agama Islam) dan Madagascar menjelang tahun 1180-an ( mereka sebenarnya telahpun melawat Timur Tengah melalui jalan laut sejak tahun 360 M lagi). Sebenarnya orang China hanya dibenarkan keluar dari negara China dalam tahun-tahun tertentu sahaja dalam sejarah China. Salah satu zaman yang membenarkan ialah pada masa China di bawah pemerintahan Maharaja Cheng Tsu pada awal Dinasti Ming (1368-1644). Baginda menugaskan seorang pembesar Islam yang bernama Laksamana Cheng Ho (1371-1435) untuk mengetuai seangkatan armada besar yang telah melancarkan satu siri tujuh pelayaran penjelajahan yang bermula pada tahun 1405 hingga tahun 1433. Mereka sampai di Afrika tahun 1415
Pada awal abad ke-13 puak Mongol bersatu di bawah Genghis Khan (1167-1227). Mereka menceroboh China dari Utara Asia. Menjelang tahun 1241 Genghis Khan berjaya mewujudkan empayarnya merentang hingga ke sempadan Eropah.Pada masa ini mereka enggan melayan lawatan diplomatik dari wakil-wakil Eropah hinggalah kedatangan keluarga Polo. Marco Polo diambil sebagai wakil China ke Tanah Melayu, Sumatera, Ceylon dan Tibet. Pada tahun 1368 pemberontakan orang China terhadap pemerintah Mongol berlaku. Kejatuhan kerajaan Mongol di China membuka lembaran baru dalam sejarah China apabila China menjalankan dasar menutup pintunya kepada pelawat-pelawat Eropah.

Comments
Post a Comment