Blog Archive
-
▼
2009
(149)
-
▼
March
(149)
- Tema 1: Manusia dan Masyarakat
- Petempatan Tamadun Mesopotamia
- Petempatan Tamadun Mesir
- Petempatan Tamadun Indus / India
- Petempatan Tamadun Indus / India
- Petempatan Tamadun China
- Petempatan Tamadun Yunani
- Petempatan Tamadun Rom
- Petempatan Tamadun Arab
- Petempatan Tamadun Barat / Eropah
- Perbandaran Tamadun Mesopotamia
- Petempatan Tamadun Alam Melayu
- Perbandaran Tamadun Mesir
- Perbandaran Tamadun Indus / India
- Perbandaran Tamadun China
- Perbandaran Tamadun Yunani
- Perbandaran Tamadun Rom
- Organisasi Sosial Tamadun Mesopotamia
- Organisasi Sosial Tamadun Mesir
- Organisasi Sosial Tamadun Indus / India
- Organisasi Sosial Tamadun China
- Organisasi Sosial Tamadun Yunani
- Organisasi Sosial Tamadun Rom
- Organisasi Sosial Tamadun Arab
- Organisasi Sosial Tamadun Barat / Eropah
- Organisasi Sosial Tamadun Alam Melayu
- Kepercayaan dan Agama
- Kepercayaan Tamadun Mesopotamia
- Kepercayaan Tamadun Mesir
- Kepercayaan Tamadun Indus / India
- Agama Tamadun Arab
- Agama Tamadun Alam Melayu
- Tema 1: Manusia dan Masyarakat
- Kepercayaan Tamadun China
- Kepercayaan Tamadun Yunani
- Kepercayaan Tamadun Rom
- Kepercayaan Tamadun Arab
- Kepercayaan Tamadun Alam Melayu
- Agama Tamadun Indus / india
- Agama Tamadun China
- agama Tamdun Yunani
- Agama Tamadun Rom
- Agama Tamadun Mesir
- Negara Kota Tamadun Rom
- Negara Kota Tamadun Arab
- Pembentukan Negara Kota
- Negara Kota Tamadun Alam Melayu
- Negara Kota Tamadun Yunani
- Pembentukan Empayar Tamadun Rom
- Pembentukan Empayar Tamadun India / Indus
- Negara Kota Tamadun Arab
- Pembentukan Empayar
- Pembentukan Empayar Tamadun Mesoptamia
- Pembentukan Empayar Tamadun Yunani
- Pembentukan Empayar Tamadun China
- Sistem Beraja Tamadun China
- Sistem Beraja Tamadun Alam Melayu
- Republik Tamadun Rom
- Republik Tamadun Yunani
- Pentadbiran
- Pentadbiran Tamadun Mesopotamia
- Pentadbiran Tamadun Arab
- Pentadbiran Tamadun Mesir
- Pentadbiran Tamadun Graeco-roman
- Pentadbiran Tamadun India
- Pentadbiran Tamadun China
- Pentadbiran Tamadun Barat / Eropah
- Pentadbiran Tamadun Alam Melayu
- Tema 2: Pemerintahan dan Pentadbiran
- Pembentukan Empayar Tamadun Alam Melayu
- Negara Bangsa
- Sistem Beraja Tamadun Mesir
- Sistem Beraja Tamadun India / Indus
- Organisasi Ketenteraan Tamadun Mesir
- Organisasi Ketenteraan Tamadun Arab
- Organisasi Ketenteraan Tamadun Greek / Yunani
- Organisasi Ketenteraan Tamadun Rom
- Organisasi Ketenteraan Tamadun India /Indus
- Organisasi Ketenteraan Tamadun China
- Organisasi Ketenteraan Tamadun Alam Melayu
- Organisasi Ketenteraan Tamadun Barat
- Organisasi Ketenteraan Tamadun Mesopotamia
- Tema 3 : Ketahanan dan Pertahanan
- Sistem Ekonomi Tamadun Arab
- Sistem Ekonomi Tamadun China
- Sistem Ekonomi Tamadun India
- Tamadun Greek / Yunani
- Sistem Ekonomi Tamadun Rom
- Sistem Ekonomi Tamadun Barat / Eropah
- Sistem Ekonomi Tamadun Alam Melayu
- Sistem Ekonomi Tamadun Mesopotamia
- Sistem Ekonomi Tamadun Mesir
- Pembangunan Ekonomi Tamadun Mesopotamia
- Pembangunan Ekonomi Tamadun Mesir
- Pembangunan Ekonomi Tamadun India / Indus
- Pembanunan Ekonomi Tamadun China
- Pembangunan Ekonomi Tamadun Rom dan Greek
- Pembangunan Ekonomi Tamadun Arab
- Pembangunan Ekonomi Tamadun Barat
- Pembangunan Ekonomi Tamadun Alam Melayu
- Tema 4: Ekonomi
- Tema 5: Pendidikan
- Pendidikan Tamadun Graeco-Roman / Greek
- Pendidikan Tamadun Rom
- Pendidikan Tamadun Mesir
- Pendidikan Tamadun Mesopotami
- Pendidikan Tamadun India / Indus
- Pendidikan Tamadun China
- Pendidikan Tamadun Arab
- Pendidikan Alam Melayu
- Pendidikan Tamadun Barat / Eropah
- Ilmu Kejuruteraan
- Ilmu Pertukangan
- Tema 6 : Intelektual
- Konsep Ilmu
- Pendapat Ahli Agama Tentang Ilmu
- Pendapat Golongan Sekular tentang Ilmu
- Sumber Ilmu
- Ilmu Undang -Undang
- Ilmu Astrologi dan Ilmu Astronomi
- Ilmu Perubatan
- Ilmu Matematik
- Ilmu Falsafah
- Cheng Ho
- I - Ching
- Penerokaan dan Penjelajahan Tamadun Mesopotamia
- Penerokaan dan penjelajahan Tamadun Mesir
- Penerokaan dan Penjelajahan Tamadun Graeco-rom/ Yu...
- Penerokaan dan Penjelajahan Tamadun China
- Penerokaan dan Penjelajahan Tamadun Barat/ Eropah
- Penerokaan dan Penjelajahan Tamadun Arab
- Penerokaan dan Penjelajahan Tamadun Melayu
- Penerokaan dan Penjelajahan Tamadun India/Indus
- Pencapaian dan Sumbangan Penjelajahan dan Peneroka...
- Tema 7 : Penjelajahan dan Penerokaan
- Christopher Colombus
- Ferdinand Magellan
- Marco Polo
- Vasco da Gama
- Kesenian Tamadun Mesopotamia
- Kesenian Tamadun Mesir
- Kesenian Tamadun Graeco-roman / Greek
- Kesenian Tamadun Rom
- Kesenian Tamadun China
- Kesenian Tamadun India/Indus
- Kesenian Tamadun Barat/Eropah
- Kesenian Tamadun Arab
- Kesenian Tamadun Melayu
- Tema 8: Kesenian
-
▼
March
(149)
Tuesday, March 31, 2009
Pembangunan Ekonomi Tamadun Arab
Di Semenanjung Tanah Arab , bazar-bazar tempat menjalankan aktiviti ekonomi telah muncul. Antara yang terkenal di Hijaz ialah Zul Majaz, Ukaz dan al- Majannah. Begitu juga dengan kemudahan-kemudahan pelabuhan di Yaman (pelabuhan Adanah dan Aden), Teluk Parsi (pelabuhan Ubullah dan Sirah) dan Laut Merah(pelabuhan Syuaibah). Orang-orang Arab menggunakan jalan laut untuk berdagang ke India, China dan Asia Tenggara. Di Semenanjung Arab sendiri mereka menggunakan jalan darat cara kafilah (menurut al-Tabari, besarnya satu-satu kafilah itu ialah antara 500 hingga 1,000 ekor unta) kerana muka buminya yang berpadang pasir dan untuk keselamatan. Kafilah-kafilah ini keluar dengan kelengkapan, persediaan dan kewaspadaan yang besar didahului dengan pengintip-pengintip yang lebih dahulu menyelidik keadan-keadaan di jalan, disertai oleh petunjuk-petunjuk jalan dan pengawal-pengawalnya yang menjaga keamanan kafilah-kafilah. Semasa Mekah di bawah pimpinan Qusai bin Kilab, cukai yang dikenali sebagai Rafadah telah dikenakan ke atas orang-orang yang berkemampuan yang datang menunaikan haji. Kutipan cukai itu digunakan untuk memberi makanan kepada orang-orang miskin yang datang menunaikan haji atau lain-lain upacara agama di Kaabah. Satu lagi bentuk cukai yang dikenakan ke atas sesatu puak atau orang perseorangan yang inginkan jaminan keselamatan dipanggil Amwal Muhajjarah. Bayaran itu dikenakan semasa memasuki Mekah untuk mengunjungi Kaabah. Bentuk cukai yang dipanggil Harim pula dikenakan kepada orang asing yang mengerjakan haji. Cukai ini bukanlah dalam bentuk wang tapi mereka dikehendaki memberi beberapa helai pakaian/jubah atau binatang korban. Selain dari cara tersebut, orang Arab juga memperolehi hasil cukai dengan mengenakan bayaran ke atas pedagang-pedagang yang melalui kawasan mereka. Ini banyak dilakukan oleh orang-orang Mekah dan Yamamah kerana tempat tersebut terletak di tengah-tengah jalan perdagangan antara Yaman, Syam dan Hirah.Orang-orang Arab juga mengamalkan riba dalam aspek pinjaman dan berjudi bagi mendapatkan wang cara mudah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment