Organisasi Sosial Tamadun Rom

Masyarakat Rom dibahagikan kepada 3 kelas iaitu:

1. Golongan Patrisian : golongan bangsawan yang merupakan pemilik tanah yang kaya, memonopoli jawatan Konsul dan keahlian Senat.

2. Golongan Plebeian : rakyat jelata yang terdiri daripada petani kecil ( masyarakat Rom terbesar), artisan dan peniaga. Mereka dipaksa membayar cukai yang tinggi serta berkhidmat dalam angkatan tentera Rom. Dari segi politik, pada tahap awal mereka hanya dibenarkan menjadi ahli Perhimpunan Centuriate. Hinggatahun 445SM mereka dilarang berkahwin dengan golongan Patrician.

3. Golongan hamba :kebanyakan golongan ini terdiri dari orang tawanan. Mereka bekerja diladang, kilang atau pembantu rumah golongan atasan.
Kaum wanita Rom mempunyai status yang lebih baik daripada wanita Athens. Mereka membantu mengasuh anak-anak dan memberi nasihat dalam soal peribadi. Wanita kelas atasan Rom menerima pendidikan tinggi dan boleh memperoleh harta.

Comments