Organisasi Ketenteraan Tamadun Greek / Yunani

Sejarah awal Greek yang bermula d ibeberapa buah pulau termasuk Create , terletak di Laut Mediterranean menjadikan orang greek sebagai tentera laut yang kuat. Malah tuan kapal pertama di Laut Aegean adalah orang Greek – terkenal dengan kecekapan dalam pelayaran.Raja Mycenae (sebuah dari kota di Greek) telah membina sistem berkubu untuk menahan serangan penyerang dari laut. Bandar Troy yang merupakan sebuah daripada negara kora di Greek terkenal sebagai kota berkubu. Istana di bandar Troy dikelilingi tembok setebal 15 kaki dengan pintu pagar yang tinggi dan menara yang kukuh sebagai langkah berjaga-jaga dari sebarang serangan.
Orang Achaean (satu dari kaum Greek) menggunakan senjata tombak untuk mempertahankan diri. Mereka juga menggunakan topi besi yang berjambul bulu kuda, memakai baju besi atau kulit, sarung kaki yang dibuat dari gangsa, perisai besar yang dibuat dari kulit lembu dan gangsa. Ketua angkatan perang menggunakan pedati kecil sebagai kenderaan. Cara berlawan ialah berlawan seorang-seorang antara ketua dengan ketua. Orang biasa tidak mempunyai senjata yang lengkap. Ketika tentera Greek dibawah General Pyrrhus, Greek mempunyai angkatan tentera yang besar dan terlatih. Gajah digunakan sebagai alat kenderaan perang yang disamakan dengan kereta kebal masa ini. Di tanah besar Greek, orang-orang Greek membina benteng/kubu pertahanan bagi menghadapi serangan dari utara.Ketahanan diri dan fizikal orang-orang Greek dicapai melalui latihan olahraga. Latihan dalam olahraga menjadi sebahagian daripada pelajaran seseorang murid di Athens. Berlari, bergusti, melontar lembing dan bertinju yang dipelajari oleh orang Greek semasa di sekolah gusti, kekal menjadi hobi dalam hidupnya. Empat tahun sekali pertandingan olahraga secara besar-besaran yang terbuka kepada semua orang Greek diadakan di Olympia. Pemenang pertandingan disanjung oleh warganegara lain sebagai seorang yang mengharumkan nama kota mereka. Di setiap kota di Greek terdapat sekurang-kurangnya sebuah jimnasium umum untuk aktiviti olahraga dan olahraga merupakan satu bentuk hiburan yang tetap bagi orang lelaki. Athens memang terkenal dengan acara marathonnya. Sukan Olimpik pertama diadakan sebagai menghormati dewa Zeus. Selain membantu melahirkan individu yang cergas, kegiatan sukan ini juga secara tidak langsung menyatukan masyarakat Greek empat tahun sekali dan melupakan perselisihan politik. Sewaktu sukan ini diadakan, gencatan diisytiharkan oleh semua pihak.Di Greek, terdapat perbezaan dari segi ketahanan dan pertahanan antara Sparta dengan Athens. Di Sparta, orang lelaki diberi latihan tentera yang berterusan sejak dari kecil lagi. Bayi yang lemah dibunuh. Kaum wanita diberi kesedaran bahawa tugas utama mereka ialah melahirkan perajurit yang berdarah tulin Sparta. Kaum wanita diberi latihan jasmani bersungguh-sungguh bersama kaum lelaki agar menjadi ibu yang sihat (ini berbeza dengan wanita Greek di tempat lain). Budak lelaki yang berumur 7 tahun ke atas tinggal d iberek di bawah penyeliaan warganegara yang lebih tua dan juga di bawah jagaan pemuda-pemuda Sparta yang bergelar ‘tukang sebat’. Di situlah mereka diajar menanggung kesakitan tanpa rungutan, menguatkan badan dengan jimnastik dan senaman, ditanam dengan semangat suka melawan melalui permainan ganas yang disediakan. Ketika permainan ini dijalankan, banyak juga nyawa terkorban. Bagi menambahkan daya usaha mereka, mereka digalakkan mencuri jiran mereka. Bila mereka dewasa, mereka diwajibkan berkhidmat dalam polis rahsia. Bila mereka berumur 30 tahun mereka mesti berkhidmat sebagai tentera dengan disiplin yang lebih keras. Orang Sparta tidak dibenarkan berniaga atau bertani. Kerja begini diserahkan kepada helot dan warganegara diharamkan memegang wang. Keindahan dan sifat lemah lembut tidak terdapat di kalangan orang Sparta. Mereka memang terkenal sebagai pejuang terbaik. Mereka ditanamkan dengan taat setia yang tidak berbelah bahagi. Orang Sparta hanya bertuan kepada satu iaitu undang-undang mereka. Kekuatan tentera darat mereka jelas apabila mereka berjaya mengalahkan tentera Parsi yang menyerang Greek tahun 480SM.
Di Athens, berkhidmat di dalam tentera adalah satu perkara biasa dalam kehidupan orang Athens. Daripada umur 18 tahun hingga 20 tahun mereka menerima latihan tentera. Pada tahun kedua latihan, mereka dihantar ke kubu-kubu pertahanan sempadan di Attica. Daripada umur 20 hingga umur 60 tahun, mereka boleh dikerah berkhidmat. Pada bila-bila masa sahaja, Dewan Perhimpunan akan membuat keputusan melancarkan perang ke atas jiran yang tidak disukai mereka. Arahan menjalankan kerahan akan dilekatkan di pasar-pasar dan orang-orang lelaki akan segera menyediakan pedang dan perisai, mendapatkan catuan makanan dan melaporkan diri dalam tentera warganegara. Semuanya akan bersedia bergerak dengan segera. Semasa peperangan askar-askar yang terdiri daripada warganegara itu dengan kelengkapan senjata yang berat akan berdiri rapat-rapat dalam satu barisan, perisai bertemu perisai dan mereka akan mara menemui barisan musuh. Cara mereka ialah dengan berdiri berselindung di belakang perisai, menghunusksn tombak dan cuba mengundurkan tentera musuh. ‘Musim’ peperangan akan berakhir dalam bulan April dan Mei kerana mereka perlu pulang untuk menuai hasil tanaman mereka. Inilah bezanya dengan tentera Sparta yang mempunyai tentera tetap. Berbanding dengan orang Sparta, orang Athens terkenal dengan kehandalannya di laut. Kapal perangnya mencecah sebanyak 200 buah dan untuk menempatkannya tidak menjadi masalah kerana Athens telah membina beberapa buah pelabuhan.

Comments